Oleh : Husaini Ab. Raji
PERMAS JAYA, 15 Januari 2017 –
Seramai 40 orang pelajar Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
telah dipilih sebagai sukarelawan dalam menjayakan program “Tree For A Tree”
yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini dengan kerjasama Majlis
Bandaraya Joor Bahru (MBJB) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia
(PEKA). Program Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR) TNB ini menzahirkan komitmen syarikat tersebut terhadap usaha
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Penyertaan pelajar INSTEDT sebagai sukarelawan ini adalah sebagai tanda sokongan kepada program penghijauan alam sekitar. Program “Tree For A Tree” peringkat negeri Johor ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Kira-kira 300 anak pokok telah ditanam dari spesis Bucida, Bintangor Bukit, Tembusu Padang, Penaga Lilin, dan Tekoma atau lebih dikenali dengan nama Sakura di Kawasan Hijau, Jalan Permas 6/10, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru. Selain pelajar INSTEDT, program hari ini disertai kira-kira 200 orang sukarelawan terdiri daripada warga kerja TNB, warga kerja MBJB, para pelajar kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Politech MARA dan penduduk setempat.

No comments:
Post a Comment