Oleh: Husaini Ab.
Raji
KOTA TINGGI, 4 Disember 2016 - Duta Jauhar
Instedt GASI dengan kerjasama Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sentosa
Sedili telah mengadakan Program Ziarah Kasih untuk menyantuni dan menyampaikan
bantuan kepada golongan asnaf di kampung tersebut. Program yang disertai oleh
40 peserta terdiri daripada Duta Jauhar Instedt GASI dan Jawatankuasa Pemuda
UMNO Cawangan Kampung Sentosa Sedili ini dimeriahkan lagi dengan konvoi
berbasikal ke rumah-rumah golongan asnaf tersebut. Konvoi berbasikal Ziarah
Kasih ini telah mengunjungi lima rumah ibu tunggal dan menyerahkan sumbangan
barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Penyelia Duta
Jauhar Instedt GASI, Siti Nur Sarah Ab Aziz berkata program ini merupakan
tanggungjawab sosial terhadap komuniti setempat.Menurutnya, konvoi berbasikal
yang dimulakan di kawasan Legaran Air Putih itu dianjurkan serentak dengan
pelancaran Laman Herba Jauhar di kampung berkenaan yang digerakkan kumpulan
Duta Jauhar Instedt GASI sebagai salah satu tarikan baru pelancongan di Sedili
selaras dengan tema projek kami iaitu Transquil Sedili." Program tersebut
turut disertai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muhammad Fadzli Hasan dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan
Kampung Sentosa Sedili, Mohd Fauzan Sebalas.
No comments:
Post a Comment