Oleh:
Marlina
BANDAR
PENAWAR, 3 OGOS 2016 – ‘Ambil Apa Sahaja Pilihanmu’ adalah program amal
berkonsepkan free-market yang
dianjurkan oleh pelajar subjek Prinsip Perhubungan Awam (DPM 3713) selama
setengah hari bermula 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini disertai oleh seramai 25 orang pelajar subjek DPM 3173 dan para pensyarah. Kumpulan sasaran pula adalah semua pelajar Kolej INSTEDT. Program amal ini menyediakan barangan keperluan seperti makanan, pakaian dan alat ulis yang diberi secara percuma kepada individu yang datang berkunjung. Mereka bebas mengambil apa sahaja pilihan mereka tanpa perlu membayar apa-apa. Sebahagian objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai aktiviti perhubungan awam khususnya tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang biasa diamalkan oleh organisasi dan melatih pelajar untuk berani serta yakin berkomunikasi dengan publik secara langsung.
No comments:
Post a Comment