Instedt Online
Wednesday, 15 February 2017
PROGRAM SUKARELAWAN DI MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-FAIZIN
Oleh: Zulkifli
KEMPAS, JOHOR, 11 FEBRUARI 2017 - Persatuan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan INSTEDT (PEKEKWA) telah menganjurkan program sukarelawan bersama pihak pengurusan dan pelajar-pelajar dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Faizin, Kempas, Johor Bahru. Seramai 91 orang pelajar dari madrasah tersebut telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan jurang antara pelajar kolej dan masyarakat agar dapat bekerjasama membentuk modal insan berguna. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti penerangan dan penghasilan seni kaligrafi, gotong-royong, dan membuat mural. Menurut pengetua madrasah ini, Ustaz Abu Hafiz, program seperti ini amat digalakkan agar dapat mendedahkan para pelajar dengan masyarakat serta memupuk nilai kerjasama antara satu sama lain. Beliau juga berharap agar kolej INSTEDT dapat menganjurkan program seperti ini lagi

Wednesday, 25 January 2017
JUALAN KONVOKESYEN INSTEDT KALI KE-11
Oleh: Sabariah

MISI BANTUAN DUTA JAUHAR DNUR
Oleh: Sabariah

DUTA JAUHAR INSTEDT BANTU IBU TUNGGAL
Oleh:
Sabariah

Thursday, 19 January 2017
DUTA JAUHAR INSTEDT GASI DEKATI ASNAF DI KAMPUNG SENTOSA SEDILI
Oleh: Husaini Ab.
Raji

MENJANA PENDAPATAN ONLINE MELALUI PROGRAM eREZEKI
Oleh:
Husaini Ab. Raji

Program berkenaan yang
berkonsepkan penyumberan awam akan memberi latihan kemahiran percuma dalam
bidang digital kepada golongan berpendapatan rendah B40 sebelum mereka diberi
tugasan yang menawarkan bayaran lumayan daripada syarikat-syarikat digital di
pasaran. Menurut fasilitator program
berkenaan Suriani Manaf, program transformasi nasional yang dikendalikan
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Pembangunan Multimedia (MDEC) ini bakal
menjana pendapatan tambahan kepada golongan berpendapatan rendah termasuk
pesara, suri rumah, siswazah menganggur dan pelajar yang sedang mengikuti
pengajian.
Katanya, kebanyakan tugasan boleh
dilakukan dari rumah seperti memasukkan data ke dalam sistem komputer, menyemak
kesesuaian gambar dan transkripsi video atau audio sebelum diterbitkan. Wakil
daripada bahagian Hal Ehwal Siswa, Siti Zuraini Keliwon menjelaskan beliau
sangat teruja dengan program ini yang dapat memberikan sumber pendapatan
tambahan dan berharap akan lebih ramai lagi rakan-rakan dan pelajar dapat
mendaftar dalam program ini.
PROGRAM TREE FOR A TREE PERINGKAT NEGERI JOHOR
Oleh : Husaini Ab. Raji
PERMAS JAYA, 15 Januari 2017 –
Seramai 40 orang pelajar Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
telah dipilih sebagai sukarelawan dalam menjayakan program “Tree For A Tree”
yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini dengan kerjasama Majlis
Bandaraya Joor Bahru (MBJB) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia
(PEKA). Program Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR) TNB ini menzahirkan komitmen syarikat tersebut terhadap usaha
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Penyertaan pelajar INSTEDT sebagai sukarelawan ini adalah sebagai tanda sokongan kepada program penghijauan alam sekitar. Program “Tree For A Tree” peringkat negeri Johor ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Kira-kira 300 anak pokok telah ditanam dari spesis Bucida, Bintangor Bukit, Tembusu Padang, Penaga Lilin, dan Tekoma atau lebih dikenali dengan nama Sakura di Kawasan Hijau, Jalan Permas 6/10, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru. Selain pelajar INSTEDT, program hari ini disertai kira-kira 200 orang sukarelawan terdiri daripada warga kerja TNB, warga kerja MBJB, para pelajar kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Politech MARA dan penduduk setempat.

Subscribe to:
Posts (Atom)