Oleh:Fazy Fazlya & Siti Noorain Binti Rahman
BANDAR PENAWAR, 24 Jun 2016 - Bertempat di dapur
Teratai, satu program Bubur Lambuk Mahabbah telah dianjurkan oleh Jabatan
Hospitaliti dan Jabatan Bahasa dan Pengajian Islam. Program ini yang diadakan
saban tahun merupakan aktivititi tahunan Jabatan Hospitaliti dan buat pertama
kalinya dua tenaga digabungkan.
Program ini diadakan untuk melahirkan semangat
muhibah dan meningkatkan kesedaran rohani terhadap amalan bersedekah di bulan
Ramadhan.
Program ini dimulakan dengan aktiviti
gotong-royong pada awal pagi yang disertai oleh Ahli Jawatankuasa Hotel &
Tourism Society (HATS) dan semua pelajar Diploma Pengurusan Perhotelan Semester
4 & 5 bersama pelajar Diploma Pengajian Islam.
Aktiviti berakhir dengan pengagihan bubur lambuk
dan kuih raya kepada semua pelajar dan kakitangan kolej.
No comments:
Post a Comment