Oleh: Nurunnadiah
BANDAR
PENAWAR, 15 Jun 2016 - Pejabat Kesihatan Kota Tinggi dengan kerjasama Bahagian
Hal Ehwal Siswa (HES) INSTEDT telah menjalankan Program Kesedaran Kesihatan
Mengenai HIV/ AIDS & Penyakit Kelamin (STD) dan Program Nafas Baru Bermula
Ramadhan (Program Berhenti Merokok), bertempat di BK 2 INSTEDT.
Program
yang dikendalikan oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit dan Unit Pendidikan
Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi ini bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan mengenai HIV/ AIDS dan risiko
Penyakit Kelamin iaitu Sexual Transmitted Diseases (STD). Selain itu, ia juga
bertujuan untuk memberi kesedaran akan keburukan merokok bagi tempoh jangka
masa panjang kepada perokok dan perokok sekunder.
Peserta
program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Kesetiausahaan Kesihatan
INSTEDT. Program dimulakan dengan slot Ceramah Berhenti Merokok yang
disampaikan oleh Dr Hanisa Firdauz binti Sukirman (Pegawai Perubatan
Kesihatan). Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
membuat perbincangan berkaitan topik dan soalan yang diberikan. Setiap kumpulan
juga perlu menyelesaikan case study, dengan dibimbing oleh
fasilitator-fasilitator dari Pejabat Kesihatan yang terdiri daripada pegawai dan
jururawat. Di akhir program, pelajar perlu membuat pembentangan tugasan
masing-masing, dan 4 kumpulan yang terbaik telah dipilih sebagai pemenang.
No comments:
Post a Comment