Oleh: Nurunnadiah
BANDAR PENAWAR, 23
MEI 2016 – Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah menerima
kunjungan Lawatan Pendidikan Kerjaya dari SMK Damai Jaya, Johor Bahru. Lawatan
ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar menengah atas SMK Damai
Jaya berkaitan bidang-bidang pengajian serta laluan kerjaya berkaitan bidang
tersebut. Seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5, serta 2 orang guru
pengiring terlibat dalam sesi lawatan ini.
Antara
pengisian semasa lawatan ini ialah slot motivasi bersama Kaunselor INSTEDT, En
Muhammad Azlan yang memberi fokus berkaitan matlamat dan halatuju selepas SPM;
Taklimat kerjaya yang disampaikan oleh En Nasaruddin (Eksekutif Pemasaran),
yang menyentuh berkaitan persediaan selepas SPM dan matlamat kerjaya; serta
Slot Jelajah INSTEDT yang memberi peluang kepada pelajar melawat
fasiliti-fasiliti di INSTEDT antaranya Bilik Studio Media Grafik, Bilik Lukisan
Media Grafik, General Ward, Perpustakaan, Makmal Komputer, serta Gymnasium.
Selain itu, turut disampaikan taklimat daripada semua Ketua-ketua Jabatan
Akademik INSTEDT sebagai pendedahan kepada program-program diploma yang
ditawarkan di INSTEDT.
Dengan
adanya program seumpana ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan
kepada pelajar-pelajar suasana di institusi pengajian tinggi yang berbeza
dengan suasana di sekolah. INSTEDT mengucapkan terima kasih kepada Guru
Kaunselor SMK Damai Jaya atas kesudian memilih INSTEDT sebagai tempat lawatan sambil
belajar.
Terima
kasih juga buat para urusetia yang terlibat dalam menjayakan program lawatan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
No comments:
Post a Comment